biar betul aku pernah join ajaran sesat?!


petang2 ni tengah melepaskan tension dgn meng'online'kan diri...saya terpaku dgn 1 artikel di fb..

ESQ TRAINING SESAT!!!

erk biar betul? saya pun terus baca penerangan drpd mutif wilayah persekutuan tp pening gak x berapa paham ayat dorang..haha
ni antara penyelewengan ESQ Training:

  1. Mendukung fahaman Liberalisme : iaitu memahami/mentafsir nas-nas agama (al-Quran dan as-Sunnah) secara bebas, dan faham Pluralisme agama ; iaitu fahaman yang mengajarkan semua agama adalah sama dan benar. Kedua-dua fahaman ini adalah sesat dan boleh membawa kepada kekufuran.
  2. Mendakwa bahawa Nabi mencapai kebenaran melalui pengalaman dan pencarian. Ini bercanggah dengan akidah Islam tentang Nabi dan Rasul. Menurut akidah Ahli Sunnah Wa Jamaah, kenabian dan kerasulan adalah semata-mata pilihan Allah S.W.T (al-Isthifaiyayah) dan bukan sesuatu yang boleh diusahakan (al-Kasbiyyah)
  3. Mencampuradukkan ajaran kerohanian bukan Islam dengan ajaran Islam, ESQ adalah hasil penemuan seorang Yahudi, Danah Zohar manakala God Spot adalah hasil kajian seorang Hindu vs Ramachandran. Kedua-dua penemuan ini disahkan dengan ayat al-Quran (Surah al-Hajj : Ayat 46)
  4. Menekankan konsep “suara hati” atau “conscience” sebagai sumber rujukan utama dalam menentukan baik dan buruk sesuatu perbuatan. Konsep suara hati (conscience) adalah ajaran paling suci dalam agama Kristian. The Oxford Dictionary of World Religion menyebut : “In the main forms of Christianity, conscience is the absolutely invioable and sacrosanct centre of the person as human as responsible for her or his decisions”. Konsep suara hati juga merupakan ajaran agama Hindu seperti yang dijelaskan oleh Swami Vivekanda : “The Atman is the Holy Ghost of the Biblical Trinity, and the purpose of all religions is to make men heard ‘the still small voice’ within them”. Menurut Imam Abu al-Abbas pendapat demikian adalah zindek dan kufur.
  5. Menjadikan logik sebagai sumber rujukan utama. Ini bertentangan dengan akidah Islam yang menetapkan bahawa al-Quran dan as-Sunnah sebagai rujukan utama.
  6. Mengingkari mukjizat dan menganggapnya tidak dapat diterima oleh akal dan tidak sesuai dengan zaman sekarang yang serba logis. Mengingkari mukjizat adalah kufur dengan ijmak ulama’ ; kerana ia bermakna mengingkari nas-nas al-Quran dan Hadth Mutawatir yang mensabitkan mukjizat bagi Nabi A.S.
  7. Menggunakan Kod 19 rekaan Rasyad Khalifah untuk mentafsir al-Quran. Rasyad Khalifah mengaku dirinya sebagai rasul dan membawa agama baru yang dinamakan “submission”. Teori Kod 19 dianggap lebih tinggi daripada al-Quran kerana mengikut teori ini, ayat-ayat al-Quran perlu dibuang atau ditambah bagi menyesuaikannya dengan Kod 19.
  8. Menyamakan bacaan al-Fatihah sebanyak 17 kali sehari oleh orang-orang Islam dengan amalan Bushido oleh orang-orang Jepun yang berteraskan ajaran Buddha.
  9. Mendakwa bahawa kekuatan luar biasa seperti mukjizat boleh berlaku melalui rumus Zero Mind Process (ZMP). Dengan ZMP ini, ESQ mengiaskan bahawa mukjizat Nabi Musa A.S diselamatkan daripada Fir’aun juga boleh berlaku kepada orang lain seperti yang berlaku kepada juruterbang Kapten Abdul Razak. Kefahaman mukjizat seperti ini adalah merupakan ajaran agama Hindu seperti yang diterangkan oleh Swami Vivekanda : “When Jesus healed, they called it a miracle”. What is miracle? A supernatural even says the dictionary. “Applied Raja Yoga”, says the Yogi. Just because you dont understand it, you call it miracle. We know what its about. Its natural to us.”
  10. Mentafsirkan makna kalimah syahadah dengan “triple one”. Ini adalah tafsiran bid’ah dan sesat. Dalam konteks akidah “triple one” digunakan oleh Kristian untuk menghuraikan Konsep Trinity. Buku “Christianity For Dummies”, ketika menghuraikan konsep ini menyatakan : “The Trinity : How 1+1+1 Equals 1. Christianity say tha God is Trinity – One God Expressed in three beings. The term trinity means : “Three-oneness”

kalau korang x tahu apa ESQ ni try la google..kalau lah betul ESQ ni ajaran sesat
waa~ x sangka saya pernah join ajaran sesat ni...ya Allah! serius saya pergi sana x tahu apa2 pasal ESQ Training ni..sudah lah

jangan tanya saya apa pengisian training ni sebab saya x fokus langsung kat training ni..asyik kena nangis je bosan tau..
bukan x ada kesedaran tp kalau pagi2 lagi dah disuruh nangis2 pastu pas makan tengahari kena nangis2 lagi mana x bosan..hehe
tambahan pulak ATS (urusetia) masa tu bapak lah saya menyampah giler..benci tau! haha niat pun awal2 lagi dah lari..pergi sbb nak jalan2 je..haha

nasib baik lah uitm tanggung semua kos belanja ktrg..tu sbb lah bertambah lagi lah main2..
tp macamana pun ada jugak lah pengisian dorang bagus tp bila saya baca balik point2 kat atas tu.."erk! ada ek dorang ajar camtu?"
ok ini serius menunjukkan saya mmg x fokus...HAHA

sila like yea :D

3 comments:

En. Hamdi said...[Reply to comment]

apsal rmai yg ckp ESQ ni bez ek????

atyn said...[Reply to comment]

@En. Hamdierk yeke? bg sy x best pn..sb asek kne nages je..ATS plak kurang ajar..hehe

En. Hamdi said...[Reply to comment]

haha...mmg xbez pn..