review tanda jodoh kita!

ops sebelum tu saya nak ucapkan ribuan terima kasih kpd thaha sbb beliau ni lah penaja header saya..hehe dia tolong designkn utk saya..dy mmg seorang designer..lebih2 lagi utk iluvislam.com..
try lah cari lukisan dy kt situ...hehe

baru je td seorang jiran a.k.a housemate saya tag 1 artikel ni pasal 10 petanda dia jodoh kita..

ntah kenapa tiba2 je perangai gatai jiran saya ni datang....hahaha
ala korang pun mesti selalu kan baca pasal artikel ni..selalu sgt dah org dok tag kt fb..buat entry kat blog tp x apa lah biar saya letak jugak kt blog saya ni..

sekadar review jela...ceh bajet nk review movie ke apa...hahaha
sekati saya lah kan ini blog saya...boleh camtu?
so antara2 10 petanda tu..

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

saya ada lah kenal dgn seseorang ni. ktrg kalau bab bergurau mmg bersahaja. suka berloya buruk. kalau ktrg keluar sama2 pun mmg ktrg x ada lah nak berlakon2 ni sbb ktrg bukannya pelakon pun..haha buat biasa sudah lah kan. jadi diri sendiri..

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

saya x pernah rasa bosan dgn dia. tiap kali saya dpt msg dr dia mesti saya akan sengeh sorang2 wlpn 1 perkataan je msg dia. sampaikan kawan2 saya tegur sengeh saya ni...haha. kira saya mmg senang lah dia. x pernah rasa nak marah..nak gaduh2. saya pun rasa senang je utk berkongsi masalah saya dgn dia. semua kira ok lah dgn dia..

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

dia tau kisah saya sebelum ni. dia sendiri teman saya pulangkan balik hadiah2 ex saya dulu dan dia x pernah pun soal kisah silam saya tu. maybe dia faham kot perasaan saya. saya rasa dia tau perangai buruk saya serba sedikit..yela saya ni agak panas baran jugak orangnya. dia selalu je tenangkan marah saya tu.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

setakat ni saya tau dia jujur dgn saya. bila saya soal dia..saya tau mmg itu jawapan sebenarnya. kalau ada tipu pun...tipu sunat je tu demi jaga hati saya kot..haha

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

macam saya gtw td..saya x ragu2 utk berkongsikan masalah saya dgn dia. dia pun seorang pendengar yg setia. selalu beri saya kata2 semangat,nasihat dan pendapat yg bernas. saya suka lelaki yg bersikap matang ni. yela sesuai sikit kan dgn perangai kebudak2an saya ni. saya percaya dia simpan rahsia tu baik2..

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

kalau saya nak mintak tolong dr dia pun..dia pasti akan tolong saya sebolehnya. x kira berat mana pun pertolongan yg saya mintak tu mmg dia akan buat jugak wlpn dia sentiasa x dpt menikmati hasil bantuan dia tu. mmg dia ikhlas bantu saya...terima kasih yea awak

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

kalau saya tgh bersedih dia macam tau2 je. dia akan msg saya ok ke x ni. selalu gembirakan saya balik dgn loya buruk dia tu. wlpn time tu saya x teringin pun nak senyum sbb stress sgt tp dia mampu buat saya tersenyum dan kemudiannya saya akan lupa masalah saya tu.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

tampil kelemahan? err x tau lah tp setakat ni saya terima baik buruk dia. saya cuba faham situasi dia. alamak macamana nak cakap ek? err KIV la dulu bab ni...haha

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

yg ni dia pun seolah2 dpt menduga maksud saya kdg2 tu. serius ada 1 ketika tu saya mmg betul2 nak jauhkan diri drpd dia...sbb apa?? biarlah saya sendiri yg tau..tp dia macam dah boleh agak. terus bertanyakan khabar pasal saya. hei x jadi lah nampaknya nk pergi jauh dr dia ni...haha

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

dan sekarang saya hanya tawakal jela kalau dah mmg ktrg bersama tp rasanya x mungkin kot. dia terlalu baik..saya ni pulak berlawanan giler lah dgn dia. x sesuai kot saya dgn dia. ada lagi yg lebih baik dr saya utk dia. so saya x nak lah pikir sgt..tumpukn kat study dulu. ni last sem saya..kena perform terbaik punya lah.



saya tau awak baca blog saya. rasanya awak tau kan kenapa saya jarang contact awak dah..


sila like yea :D

4 comments:

nulhazwany abdul malik said...[Reply to comment]

nak pergi check ada jodoh ke tak. ^^

Profesor Adab said...[Reply to comment]

Sumpahan Allah Adalah Untuk Siapa & Kepada Siapa?Mengapa? http://rosemujahid.blogspot.com/2011/02/sumpahan-allah-adalah-untuk-siapa.html

Profesor Adab said...[Reply to comment]

Analisis Surah Al-Fatihah mengikut konteks bahasa arab dgn Al-Quran
http://rosemujahid.blogspot.com/2011/01/analisis-surah-al-fatihah-mengikut.html

atyn said...[Reply to comment]

@nulhazwany abdul malikmeh2 tp jgn caye sgt..apa2 pn doakn dpt jodoh yg terbaik utk diri kita;D