betul ke perempuan cepat berubah hati?!

td saya ada terbaca 1 tajuk kat forum gengblogger..

"betul ke perempuan cepat berubah hati?"


hah?? betul ke statement ni? agak menarik jugak kan topik ni..bagi saya lah kan x semua perempuan camtu..
maybe ada beberapa faktor yg menyebabkan hati perempuan tu cepat berubah..faktor2 ni hanya pendapat saya sendiri..kalau x suka ah lantak korang lah kan..hehe

1) kurang menyakinkan


mungkin lah kan bg seseorang perempuan tu dy berubah hati sebab bf/laki yg dy minat tu kurang menyakinkan diri dy. maybe lah kan laki tu terlalu bersikap cool atau x amek kisah ttg dy dan kebetulan pulak ada laki lain yg dok syok kat dy..mengayat dy kaw2 so disebabkan tu lah kadang2 perempuan ni berubah hati kat orang lain. yela drpd dok tunggu si laki tu ntah ada hati kat dy atau x lebih baik dy terima orang yg lebih menghargai diri dy. so kalau korang (laki) betul2 sayangkn awek korang..x nak dy melepas kat orang lain..lebih baik korang buktikan cinta korang tu seikhlas2nya. haa jangan salah faham pulak perkataan 'buktikan' tu. jangan korang buktikan dgn cara yg x senonoh sudah lah..
cuba lah korang luahkn perasaan sayang korang tu melalui perkataan dan juga perbuatan. jangan buat salah satu drpd dua ni je sebab bg perempuan tu belum cukup yakin kalau korang just kata je korang sayang dy tp x buktikan apa dan macam tu juga lah sebaliknya. kebanyakan perempuan nak laki tu yg mulakan dahulu wlpn sekarang ni ramai yg kata perempuan pun patut mencuba dulu.




2) meluat


haa kadang2 kan perempuan tu dah meluat giler dgn perangai laki tu. mungkin lah kan perempuan tu ada minta laki tu berubah something yg positif utk dy tp laki tu just kata "baiklah saya janji saya akan berubah" tp hampeh x berubah pun. mula2 boleh lah bersabar tp bila dah lama2..hanya janji kosong je so siapa boleh bertahan kan. bila dah fedup cari yg lain jela senang cerita...haha


3) pernah disakiti


yg ni kes dulu dy pernah serius dan terlalu percaya kat ex-bf dy. bila dah disakiti dan dipermainkan kadang2 tu boleh timbul perasaan berdendam. bila dah berdendam ni dalam fikiran dy hanya utk main2 kapel dgn seseorang. so sebab tu lah kot dy asyik berubah hati je..macamana dy pernah dipermainkan oleh seorang laki satu ketika dulu macam tu jugak lah dy akan mempermainkan perasaan laki lain. perempuan jenis macam ni agak bahaya sikit tp kalau dy dah jumpa seseorang yg dapat ubah fikiran dy..dy akan betul2 ikhlas dgn laki tu


4) sebab tersendiri


mungkin lah kan si perempuan tu berubah hati atas sebab2 tertentu. contohnya dy sanggup korbankan cinta dy demi kebahagian laki tu. senang cerita mengalah jela. mungkin lah kan si perempuan tu tau yg kehadiran dy x disenangi oleh keluarga pihak laki atau si laki tu ada ramai peminat. jadi dy korbankan cinta dy tu..x nak bagi laki tu rasa bersalah,x nak bagi rasa keliru dan x nak bagi harapan lagi. so dy sengaja mencari cinta yg lain. perempuan jenis macam ni agak susah jugak nak jumpa sebab selalunya akan fight utk cinta dy


ok setakat ni jela beberapa faktor yg saya boleh bagi..sebenarnya ada 5 point tp tiba2 pulak boleh lupa..adoi
perempuan ni sebenarnya akan lebih cepat serius dalam suatu hubungan. bila dy dah betul2 sayangkan laki tu memang dalam hati dy hanya laki tu je. x kisah lah time tu dy keluar dgn kawan2 laki dy yg lain...tp laki yg special tu tetap dalam fikiran dy..macamana saya tau??

yela saya tau lah sebab saya ni kan perempuan




p/s: sorry kalau ayat macam cikai...update blog tengah2 pening kepala ni. so paham2 jela

sila like yea :D

5 comments:

Anonymous said...[Reply to comment]

mmg xsmua prmpuan mcm tu,tp KEBANYAKAN perempuan mmg mcm tu..
tp xbleh jgak slahkn prempuan tu je ek? mngkin ade mne2 boy yg lbih elok PADA pndangan dia so it should be la

anakibu said...[Reply to comment]

ntah la.......

atyn said...[Reply to comment]

@Anonymousbetul2 sy skong sgt..
msg2 de kelemahan kn..so b'gntung la pd org 2 sndiri;D

atyn said...[Reply to comment]

@anakibu^_^

insan terluka said...[Reply to comment]

semua di atas memang betull ...tapi kenapa saya dipermainkan ??alasan ex saya minx putus sebab nk fokus spm tapi bila saya balik kem tengok wechat dia sudah taken dengan laki lain ..ape salah saya ...adakah dia buat semua ni sebab nak balas dendam kerana dipermainkan dengan laki lain sebelum ni??