aku akur!

spt yg dijanjikan..saya akan letak pulak lagu balas dr lagu aku berundur..
kalau lagu 'aku berundur' tu mengisahkan seorang perempuan yg mengundur diri dr cinta dy..so kali ni kita dengar pulak apa respon si laki bila dapat tau si gadis idaman dy cuba pergi jauh dr dy..
bila dengar kedua dua lagu ni mmg kena giler la dgn saya..lagi2 aku berundur tu..
serius ini yang saya sdg alami skg...ok lah kita layan dulu 'aku akur' ni



bisakah engkau meninggalkanku
bisakah engkau menghapuskan ku
perlukah engkau buat begitu
perlukah engkau sakiti hatimu
walaupun dihati mu tak rela
walaupun dihati mu terluka

maafkan aku menyintai mu
maafkan aku memiliki mu
sedangkan dia ada di hatiku
ku mahu engkau fikir dahulu
sebelum engkau undurkan diri
jika itu mahumu
aku akur

kenapa engkau berputus asa
sedangkan engkau mencintaiku
kenapa engkau pergi dari ku
pergi dari hidup ku ini
ku harap engkau tidak menyesal
kerna dengan berputus asa

biar sayang dihati
biar cinta dihati
ku simpan selamanya
terima kasih untuk segala
cinta dan sayang yang engkau beri padaku


p/s: jgn tanya kenapa video ni senget yea

sila like yea :D

mengucap panjang aku bila tahu ni!

ok ini sambungan entry sebelum ni..ala pasal ESQ tu..disebabkan masih x berpuas hati housemate saya ada cari lagi artikel kebenaran ESQ sesat ni..dan ini lah yg jumpa

http://abu-syafiq.blogspot.com/2010/07/esq-sesat-ini-bukti2-sebab2nya.html

bila saya baca artikel yg panjang giler ni baru saya tersedar "aah lah ada lah masa ESQ tu"
asal lah saya baru tersedar?? mengucap panjang saya bila baca bukti2 kesesatan ajaran ESQ ni..
pasal suara hati,sifat2 manusia dan Allah dgn macam2 lagi lah..
serius sebenarnya masa awal2 lagi saya dah rasa lain macam je dgn program ni tp buat rilex jela..maybe sebab saya mmg dah x mood kot nak join program ni sebab dorang eja nama saya salah uh..benci giler dgn nama tu..
tp mmg serius lah dalam banyak2 program agama yang saya pernah pergi x pernah jumpa program macam ni...ATS dorang stok pakai baju hitam je..mmg rasa seram pun ada jugak...haha
dalam artikel pun ada sebut pasal alumni ESQ sgt taksub..yup! saya akui jugak lah..
boleh nampak jugak lah wlpn x ketara masa program tu tp macam biasa saya buat rilex je...haha

terasa jugak nak gtw kt housemate saya tp x tahu nak gtw macamana kepelikan saya pasal konsep ESQ masa mula2 start program tu..kang dibuatnya housemate saya suruh explain ternganga saya nanti...haha
mungkin sebab saya dulu pernah bersekolah di sekolah agama..banyak program agama yang pernah saya sertai..jadi bila dorang suruh menjiwai pengisian dorang mmg saya x boleh rasa lah sebab rasa pelik semacam je..
bila kawan2 yang lain tanya ESQ ni pasal apa..saya sendiri x tau nak jawab macamana..

fuhh~ nasib baik lah saya x menjiwai sgt apa yang diajar masa program..ada hikmah jugak kot saya x fokus 100%...haha
tp kan baru saya perasan jugak rupanya fahaman saya dgn pengisian program tu bertentangan..dorang explain pasal lain tp saya paham lain..haha patut lah saya rasa biasa je...cuma pelik dgn konsep program tu jela..
apa punya blur lah ko ni tyn!!
yela saya cuba kan lah jugak nak paham pengisian dorang (wlpn x fokus sgt pun) dgn apa yang saya belajar kat sekolah dulu..tu rasa biasa je kot
erk korang paham x maksud saya ni??

adoi susah pulak nak explain..ahh lupakan jela buat paham2 sudah lah..haha

sebelum ni selalu baca kat paper pasal ajaran sesat.."aish apa punya pandai lah pergi join ajaran sesat ni" tp bila diri sendiri TERpergi baru lah saya tau rupanya begini lah kot suasananya..
lagi2 bila bab pengikut taksub dgn tok guru..wlpn x berapa nampak masa saya join ESQ ni tp dapat jugak rasa 'kesetiaan' drg dgn pengasas ESQ ni..

apa2 pun ni hanya lah pendangan saya...soal kesahihan ESQ ni saya x tau la..
sebab ilmu agama saya bukannya tinggi sangat..x dapat nak meng'iye'kan atau menidakkan kes ni...

skrg apa yang patut saya buat dgn sijil ESQ ni???

1) biarkan je sbg koleksi : dan berkata pd diri sendiri "wooh aku pernah join ajaran sesat uh..giler r"

2) simpan dalam fail sijil2 saya: then bila pergi interview kerja..interviewer tu tengok "ouh budak ni pernah pergi ajaran sesat..reject2"

atau

3) kita BAKO je!! haha


kalau ada sesiapa tau pasal sesat ke x ESQ ni sila lah gtw..
saya pun masih blur lagi ni..ada kata x sesat tp tu lah..
x tau betul ke x..

sila like yea :D

biar betul aku pernah join ajaran sesat?!


petang2 ni tengah melepaskan tension dgn meng'online'kan diri...saya terpaku dgn 1 artikel di fb..

ESQ TRAINING SESAT!!!

erk biar betul? saya pun terus baca penerangan drpd mutif wilayah persekutuan tp pening gak x berapa paham ayat dorang..haha
ni antara penyelewengan ESQ Training:

  1. Mendukung fahaman Liberalisme : iaitu memahami/mentafsir nas-nas agama (al-Quran dan as-Sunnah) secara bebas, dan faham Pluralisme agama ; iaitu fahaman yang mengajarkan semua agama adalah sama dan benar. Kedua-dua fahaman ini adalah sesat dan boleh membawa kepada kekufuran.
  2. Mendakwa bahawa Nabi mencapai kebenaran melalui pengalaman dan pencarian. Ini bercanggah dengan akidah Islam tentang Nabi dan Rasul. Menurut akidah Ahli Sunnah Wa Jamaah, kenabian dan kerasulan adalah semata-mata pilihan Allah S.W.T (al-Isthifaiyayah) dan bukan sesuatu yang boleh diusahakan (al-Kasbiyyah)
  3. Mencampuradukkan ajaran kerohanian bukan Islam dengan ajaran Islam, ESQ adalah hasil penemuan seorang Yahudi, Danah Zohar manakala God Spot adalah hasil kajian seorang Hindu vs Ramachandran. Kedua-dua penemuan ini disahkan dengan ayat al-Quran (Surah al-Hajj : Ayat 46)
  4. Menekankan konsep “suara hati” atau “conscience” sebagai sumber rujukan utama dalam menentukan baik dan buruk sesuatu perbuatan. Konsep suara hati (conscience) adalah ajaran paling suci dalam agama Kristian. The Oxford Dictionary of World Religion menyebut : “In the main forms of Christianity, conscience is the absolutely invioable and sacrosanct centre of the person as human as responsible for her or his decisions”. Konsep suara hati juga merupakan ajaran agama Hindu seperti yang dijelaskan oleh Swami Vivekanda : “The Atman is the Holy Ghost of the Biblical Trinity, and the purpose of all religions is to make men heard ‘the still small voice’ within them”. Menurut Imam Abu al-Abbas pendapat demikian adalah zindek dan kufur.
  5. Menjadikan logik sebagai sumber rujukan utama. Ini bertentangan dengan akidah Islam yang menetapkan bahawa al-Quran dan as-Sunnah sebagai rujukan utama.
  6. Mengingkari mukjizat dan menganggapnya tidak dapat diterima oleh akal dan tidak sesuai dengan zaman sekarang yang serba logis. Mengingkari mukjizat adalah kufur dengan ijmak ulama’ ; kerana ia bermakna mengingkari nas-nas al-Quran dan Hadth Mutawatir yang mensabitkan mukjizat bagi Nabi A.S.
  7. Menggunakan Kod 19 rekaan Rasyad Khalifah untuk mentafsir al-Quran. Rasyad Khalifah mengaku dirinya sebagai rasul dan membawa agama baru yang dinamakan “submission”. Teori Kod 19 dianggap lebih tinggi daripada al-Quran kerana mengikut teori ini, ayat-ayat al-Quran perlu dibuang atau ditambah bagi menyesuaikannya dengan Kod 19.
  8. Menyamakan bacaan al-Fatihah sebanyak 17 kali sehari oleh orang-orang Islam dengan amalan Bushido oleh orang-orang Jepun yang berteraskan ajaran Buddha.
  9. Mendakwa bahawa kekuatan luar biasa seperti mukjizat boleh berlaku melalui rumus Zero Mind Process (ZMP). Dengan ZMP ini, ESQ mengiaskan bahawa mukjizat Nabi Musa A.S diselamatkan daripada Fir’aun juga boleh berlaku kepada orang lain seperti yang berlaku kepada juruterbang Kapten Abdul Razak. Kefahaman mukjizat seperti ini adalah merupakan ajaran agama Hindu seperti yang diterangkan oleh Swami Vivekanda : “When Jesus healed, they called it a miracle”. What is miracle? A supernatural even says the dictionary. “Applied Raja Yoga”, says the Yogi. Just because you dont understand it, you call it miracle. We know what its about. Its natural to us.”
  10. Mentafsirkan makna kalimah syahadah dengan “triple one”. Ini adalah tafsiran bid’ah dan sesat. Dalam konteks akidah “triple one” digunakan oleh Kristian untuk menghuraikan Konsep Trinity. Buku “Christianity For Dummies”, ketika menghuraikan konsep ini menyatakan : “The Trinity : How 1+1+1 Equals 1. Christianity say tha God is Trinity – One God Expressed in three beings. The term trinity means : “Three-oneness”

kalau korang x tahu apa ESQ ni try la google..kalau lah betul ESQ ni ajaran sesat
waa~ x sangka saya pernah join ajaran sesat ni...ya Allah! serius saya pergi sana x tahu apa2 pasal ESQ Training ni..sudah lah

jangan tanya saya apa pengisian training ni sebab saya x fokus langsung kat training ni..asyik kena nangis je bosan tau..
bukan x ada kesedaran tp kalau pagi2 lagi dah disuruh nangis2 pastu pas makan tengahari kena nangis2 lagi mana x bosan..hehe
tambahan pulak ATS (urusetia) masa tu bapak lah saya menyampah giler..benci tau! haha niat pun awal2 lagi dah lari..pergi sbb nak jalan2 je..haha

nasib baik lah uitm tanggung semua kos belanja ktrg..tu sbb lah bertambah lagi lah main2..
tp macamana pun ada jugak lah pengisian dorang bagus tp bila saya baca balik point2 kat atas tu.."erk! ada ek dorang ajar camtu?"
ok ini serius menunjukkan saya mmg x fokus...HAHA

sila like yea :D

aku berundur!


layanlah lagu ni macam sebijik je kena dgn saya ni...haha

bisakah dia mencintaimu?
bisakah aku mencintaimu?
bisakah dia memilikimu?
bisakah aku memilikimu?
mungkin dia yg terbaik untukmu
dan kini aku harus berundur

lebih baik kau pergi padanya
lebih baik kau memilih dia
jgn pernah kau hiraukan hatiku
lebih baik kau pergi padanya
lebih baik kau memilih dia
pergilah kau padanya, aku rela

bisakah dia mencintaimu?
bisakah aku mencintaimu?
bisakah dia memilikimu?
bisakah aku memilikimu?
tp tak mengapa aku sedia
berundur dan merelakan dia

aku cuba dan cuba bertahan untukmu
walau ia menyakiti, aku bertahan untukmu


eh ada jugak lah lagu balas dr pihak laki..nak tau lagu tu?
nantikan entry akan datang yea...hehe

sila like yea :D

hei itu moyang saya!



tadi baru je saya tengok the making of hikayat merong mahawangsa..fuh giler gempak lah cerita tu..
nak sgt3 tengok tp kat sini x ada wayang...waa~ sedih3 tengah tengok tu tiba2 terdengar perkataan merbok..saya terus masuk bilik search kat google "abdul rahman merbok"

siapa abdul rahman merbok? famous sgt ke? kenapa saya semangat giler nak google pasal abdul rahman merbok ni?




tekan saja search di google..banyak lah keluar artikel2 berkaitan dgn abdul rahman merbok..

bila tengok ada segelintir blogger menceritakan kisah abdul rahman merbok saya rasa terharu sgt3..

x sangka ada jugak yang mengenali beliau wlpn dah berapa tahun lamanya beliau menghembuskan nafas terakhir..antara kisahnya boleh ke
sini

yea abdul rahman merbok tu moyang saya!


siapa x terharu kan bila kisah moyang kita atau keluarga kita sendiri dikenali ramai?
siapa x terharu bila kisah moyang kita dibukukan oleh pihak yang sudi? macam tu jugak lah dgn saya..

jasa dan perjuangan moyang saya dulu masih org ingati lebih2 lagi mereka yg duduk di merbok..ibu saya pun pernah cerita yang moyang saya ni terkenal masa dulu..ibu saya pun pernah cerita jugak..kawan ofis dy punya lah cerita kat ibu saya pasal ceramah2 abdul rahman merbok sgt best..ibu saya tersenyum jela..kawan dy pelik tengok ibu saya asyik senyum sengeh je..yela orang bercerita pasal atok sendiri mana x happy nya ibu saya..

saya ingatkan mula2 ramai yg x kenal moyang saya ni..tp x sangka kawan ofis ibu saya pun boleh kenal..


tp kan apa yang saya kesalkan..masa raya 2 tahun lepas saya pergi lah beraya dekat uma nenek sedara saya kat merbok tu..then sedara mara saya ada gtw kisah moyang saya tu dibukukan..mmg gembira tp kan penulis buku tu x rujuk sgt pun kat ktrg..so isi buku tu sikit banyak lari dr kisah sebenar..yela nama nenek saya dorang eja salah uh..susunan anak2 pun salah!
tp bila saya baca kisah perjuangan moyang saya nasib baik lah ada betul jugak (hee x habis pun lagi baca sbb pening uh baca dlm kereta nt saya nak sambung baca balik)..cuma lari sikit jela.. bangga tu tetap bangga...hehe
bila dengar sedara saya bercerita lagi pasal harta2 tinggalan moyang saya..fuhh~ banyak giler..
then x pasal2 ibu saya kena kaw2 dgn adik saya..

ijat: atok ibu kan kaya kenapa ibu x kaya?


haha giler punya soalan lah..ibu saya pun backup lah diri sendiri..


ibu: atok ibu kaya dgn tanah bukan kaya dgn duit. mak ibu pulak kawen dgn ayah ibu...ayah ibu x kaya pun. tu ibu pun x kaya..



orang kata ceramah moyang saya best sbb ada pantun2..kalau dulu orang suka dengar ceramah ada pantun2 ni tp kenapa skrg ceramah yg diselitkan dgn lagu pun orang x berminat nak dengar..kenapa yea???

sila like yea :D

gotong-royong US!

fuhhh~ penat giler uh baru lepas kemaskn uma sewa..
tp rasa best pulak bersihkan uma dgn housemate semua..semuanya bg kerjasama pakat tolong sama2 clean & clear kan uma yg bapak x berapa nak bersepah..
sgt suka suasana macam ni..rasa lega je nak study pun lepas ni tenang je dgn uma yg sudah bersih..
ni rest jap then lepas ni nak pergi masak pulak..buat air sirap..perghh masyuk giler..

ok tata..masak jap perut sudah lapar lorh.




sila like yea :D

fesko dtg lagi!

sekarang ni uitm saya tgh buat festival kolej...nama pendeknya 'fesko'
fesko ni berjalan selama seminggu dan seminggu ni lah bermakna saya akan boros dlm berbelanja...haha
kecian pakcik raif..anak perempuan dy yg sorang ni asyik mintak duit je..nasib baik lah jualan perfume saya agak laku jugak dapat lah tampung sikit duit belanja tp sayang uh nak guna..
sbb dah plan duit tu nanti nk pergi enjoy dgn housemate saya..yela sem akhir kami bersama..
kumpulkn banyak2 dulu kenangan bersama dgn dorang..

ok lah x nak bebel panjang2..mau buat report pulak..
serius banyak giler report ktrg kena buat..sob~
layan jela beberapa gambar ktrg ni...






sila like yea :D

review tanda jodoh kita!

ops sebelum tu saya nak ucapkan ribuan terima kasih kpd thaha sbb beliau ni lah penaja header saya..hehe dia tolong designkn utk saya..dy mmg seorang designer..lebih2 lagi utk iluvislam.com..
try lah cari lukisan dy kt situ...hehe

baru je td seorang jiran a.k.a housemate saya tag 1 artikel ni pasal 10 petanda dia jodoh kita..

ntah kenapa tiba2 je perangai gatai jiran saya ni datang....hahaha
ala korang pun mesti selalu kan baca pasal artikel ni..selalu sgt dah org dok tag kt fb..buat entry kat blog tp x apa lah biar saya letak jugak kt blog saya ni..

sekadar review jela...ceh bajet nk review movie ke apa...hahaha
sekati saya lah kan ini blog saya...boleh camtu?
so antara2 10 petanda tu..

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

saya ada lah kenal dgn seseorang ni. ktrg kalau bab bergurau mmg bersahaja. suka berloya buruk. kalau ktrg keluar sama2 pun mmg ktrg x ada lah nak berlakon2 ni sbb ktrg bukannya pelakon pun..haha buat biasa sudah lah kan. jadi diri sendiri..

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

saya x pernah rasa bosan dgn dia. tiap kali saya dpt msg dr dia mesti saya akan sengeh sorang2 wlpn 1 perkataan je msg dia. sampaikan kawan2 saya tegur sengeh saya ni...haha. kira saya mmg senang lah dia. x pernah rasa nak marah..nak gaduh2. saya pun rasa senang je utk berkongsi masalah saya dgn dia. semua kira ok lah dgn dia..

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

dia tau kisah saya sebelum ni. dia sendiri teman saya pulangkan balik hadiah2 ex saya dulu dan dia x pernah pun soal kisah silam saya tu. maybe dia faham kot perasaan saya. saya rasa dia tau perangai buruk saya serba sedikit..yela saya ni agak panas baran jugak orangnya. dia selalu je tenangkan marah saya tu.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

setakat ni saya tau dia jujur dgn saya. bila saya soal dia..saya tau mmg itu jawapan sebenarnya. kalau ada tipu pun...tipu sunat je tu demi jaga hati saya kot..haha

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

macam saya gtw td..saya x ragu2 utk berkongsikan masalah saya dgn dia. dia pun seorang pendengar yg setia. selalu beri saya kata2 semangat,nasihat dan pendapat yg bernas. saya suka lelaki yg bersikap matang ni. yela sesuai sikit kan dgn perangai kebudak2an saya ni. saya percaya dia simpan rahsia tu baik2..

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

kalau saya nak mintak tolong dr dia pun..dia pasti akan tolong saya sebolehnya. x kira berat mana pun pertolongan yg saya mintak tu mmg dia akan buat jugak wlpn dia sentiasa x dpt menikmati hasil bantuan dia tu. mmg dia ikhlas bantu saya...terima kasih yea awak

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

kalau saya tgh bersedih dia macam tau2 je. dia akan msg saya ok ke x ni. selalu gembirakan saya balik dgn loya buruk dia tu. wlpn time tu saya x teringin pun nak senyum sbb stress sgt tp dia mampu buat saya tersenyum dan kemudiannya saya akan lupa masalah saya tu.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

tampil kelemahan? err x tau lah tp setakat ni saya terima baik buruk dia. saya cuba faham situasi dia. alamak macamana nak cakap ek? err KIV la dulu bab ni...haha

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

yg ni dia pun seolah2 dpt menduga maksud saya kdg2 tu. serius ada 1 ketika tu saya mmg betul2 nak jauhkan diri drpd dia...sbb apa?? biarlah saya sendiri yg tau..tp dia macam dah boleh agak. terus bertanyakan khabar pasal saya. hei x jadi lah nampaknya nk pergi jauh dr dia ni...haha

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

dan sekarang saya hanya tawakal jela kalau dah mmg ktrg bersama tp rasanya x mungkin kot. dia terlalu baik..saya ni pulak berlawanan giler lah dgn dia. x sesuai kot saya dgn dia. ada lagi yg lebih baik dr saya utk dia. so saya x nak lah pikir sgt..tumpukn kat study dulu. ni last sem saya..kena perform terbaik punya lah.



saya tau awak baca blog saya. rasanya awak tau kan kenapa saya jarang contact awak dah..


sila like yea :D

contest mata bulat

terima kasih moon sbb dy ni lah yg tag saya join contest ni..so tgh bosan2 ni join lah jap contest mata bulat tp b0lat ke mata saya ni..huhu

contest ni anjuran deeba..segala syarat2 dy boleh lah ke blog deeba

so saya mempertaruhkan gambar saya ni..alaa saya pernah guna gambar ni utk header dgn banner blog saya..rasanya hanya gambar tu je kot nampak mata saya bajet bulat..haha



saya nak tag 3 org kawan saya


sila like yea :D

cerita saya hari ini!

hai nama saya fatin..





gigi saya putih..
oh itu kawan saya,nana, dy pun tgh bosan..






saya ada spek baru..lawa kan?





ini teman hijau saya..






ok lah kelas dah habis saya balik uma dulu yea..tata~


ok tu je cerita saya..kesimpulannya saya sgt penat hari ni dan just nak gtw saya langsung x fokus kat kelas hari ni..hehe

sila like yea :D

faceblog utk blogger!


comel giler faceblog ni..wlpn saya ni x berapa nak minat sgt pink ni tp cun uh..
nampak sweet je..
meh lah join sekali..saya sudah join..
kalau korang nak join jugak tgk kat sini..just ikut je step2 dy keyh?!

sila like yea :D

minggu otak sarat mengandung!




halu kawan2..korang sehat x? saya sehat2 aje cuma sejak kebelakangan ni agak busy lah. research berlambak giler kena buat. sem akhir kan standard lah banyak kerja ni. dah lah minggu depan banyak giler test..test transport tunda ahad ni. sepatutnya dah agak merdeka lah sikit khamis lepas tp x jadi pulak. penat study giler2 tp x jadi pulak. frust jugak lah x..pastu baru je dapat tau khamis lepas rupanya ada lagi test research methodology selasa nanti.
dah lah hari tu ada test entreprenuer jugak. habis lah 1 hari ada 2 test. banyak giler chapter masuk. memang parah..madam RM pulak tetap nak buat hari selasa ni sbb dy dah gtw sorang wakil utk gtw kt budak2 kelas pasal test ni 2 minggu lepas tp budak tu pulak buat diam je...x gtw ktrg pun..disebabkan dy ktrg terpaksa perah otak utk 3 test minggu depan. kalau tau dr awal boleh lah jugak study..

tp nasib baik lah saya dah buat nota awal2 utk subjek ENT..kurang lah sikit beban tu..


so sesiapa yg msg saya tp saya x balas tu harap maaf lah..
saya sgt busy...saya x suka org kacau time saya tgh betul2 fokus study.. ni pun rehat jap...otak dah overload...haha

semalam group transport saya pergi buat research kt kuala besut...pasal ferry service ke pulau perhentian..korbankan lah sehari utk buat kerja ni tp aim ktrg sebenarnya nak jalan2..hehe melepaskan tension...suka tau tgk laut ni..tenang je buat saya lupa segala masalah..




disebabkan ktrg datang awal sejam so pakat lah makan roti canai tepi pantai...masyuk weh!
sedap giler roti sardin dy..lepas interview pulak pergi pantai lagi..makan cocok2 dgn buah pulak.. giler release tension lah..x pikir pasal test langsung!
then gerak pergi kb mall...tu je tempat best nak lepak..haha
kalau lah x ada test ni memang balik malam lah tp terpaksa lah balik petang tu jugak..test lah ni adoi~




ok lah mau segarkan badan..then sambung study pulak..
doakn saya boleh jawab test dgn sebaiknya..tata~

sila like yea :D

smartlah bf baru saya ni!

tanggal 15 feb 2011..saya dan jejaka pilihan hati saya telah declare utk serius dalam hubungan kami. saya x kisah saya curang dgn bf saya lama dulu..
so jangan lah ganggu hubungan kami ok!
saya x akan benarkan sesiapa curi hati bf baru saya ni sebab saya sayang giler2 kat dy..
biarlah orang nak kata apa2 pun ttg hubungan kami tp x apa kami saling mempercayai antara satu sama lain..
sejak saya dengar nama dy dan melihat betapa smartnya pilihan hati saya ni..saya dah mula tertarik utk mengenalinya dgn lebih dekat..nasib baik lah dy terima..hehe
suka tau!

adakah sekacak ashraf muslim bf baru saya ni??

hei mestilah..x kan lah x nak puji bf sendiri kan. habis nanti dy merajuk tau..susah saya nak pujuk dy nanti..dah lah payah tau x nak pujuk dy. saya ni dah lah x reti pujuk orang. kalau pergi kursus memujuk orang pun mesti saya gagal! serius...huhu

korang nak tau ke siapa bf baru saya tu??





















tadaa~
ini lah bf baru saya.."smart bro" namanya..
macamana smart kan bf saya ni???? hahaha..jatuh hati tau saya kat dy..
susah nak jumpa bf smart macam ni...HAHA

ni broadband yg saya baru je beli..hehe jiran saya amalina abu samah tolong belikan sebab alang2 dy balik kl..so minta tolong dy jap..
sebab modem broadband saya dulu punya dah sengal...slow je..tensen tau!
housemate saya laju je..saya ni je siput lagi laju dr coverage dy...

sila like yea :D

x tau nak bagi tajuk apa!

petang isnin ni selalunya saya dgn housemate rajin pergi pasar malam kat machang tu. gara2 malas nk masak ke apa kan. tiba2 teringin pulak nak makan steambot..hehe
entah penat lah makan nasi. makan benda lain pulak lah. tengahari td saya pekena laksa..akhirnya jumpa jugak laksa idaman ku itu tp kan xpuas lah kuah dy sikit..sob~
sementara nak tunggu steambot saya siap..jalan2 lah dulu tengok2 makanan yg lain. tiba2 terasa nak tukar beg duit saya ni.
dah buruk dah..kena lah beli baru kan..so x pasal2 habis RM25 harga asal RM28..huhu
ok lah agak berkenan jugak lah dgn design dy..



ok saya nak tukar topik jap..
yang ni agak emosional sikit...ntah kenapa tiba2 je rasa emo+sedih ni.
yea sedih bila baca status2 mereka..kalau sorang dua je x apa ni macam kebanyakannya sama je.
seolah2 merungut dgn negara sendiri. dah tau kan malaysia mmg cuaca macam ni. dah dr kecik lagi korang lahir kat sini..dah belajar geografi kan masa sekolah dulu.
x kan x tau lagi..macam x bersyukur je kerajaan dah habiskan berjuta2 ringgit utk bawak korang balik. kerajaan pun x paksa kan korang nak balik ke x. kalau dah x nak balik duduk jela kat sana.
kerajaan bawak balik pun sebab mak bapak korang desak2 kerajaan suruh bawak balik anak2 dorang. nak pastikan keadaan korang selamat tp bila balik malaysia..
mula lah nak merungut cuaca panas lah..x boleh pakai baju tebal2 lah..macam2 lagi lah
kalau lah cuaca ni boleh dikawal dgn remote..nah tekan je button salji..hah turun lah salji tu nanti.
tp musykil lah kan..sebab semua tu kejadian Tuhan. x payah nak explain lebih korang pun lebih arif ttg ni.
kalau dah bising sgt pergi lah balik mesir tu..kawen kat sana x payah balik sini dah.
sana kan sejuk boleh pakai baju tebal2 ni..kalu kat sini pakai baju tebal2 tengahari x pasal2 korang kena kutuk..

sorry lah saya tersangat emo pulak. lebih baik x payah risaukan keselamatan dorang dulu. buang masa dgn tenaga je..
kerajaan pun x payah bazir duit kt dorang. sumbangkan je kat mangsa2 banjir tu..
sorry jugak lah sesiapa yg terasa..yg x puas hati dgn statement saya ni ke kan..
saya just lepaskan apa yg saya rasa..
bukan apa rasa sedih bila tgk2 ada kawan2 saya pergi mesir tu berubah..bila ditanya jawab sepatah..macam nak x nak je jawab..
post pulak merungut2 ni..sedih tau x!
dah lah dulu pernah diperlekehkan kos yg saya amek skrg ni..atau dgn lebih tepatnya bangga diri dpt sambung study kt ovc..kalau yea pun hati dorang ni dah kat mesir x payah lah kan pandang rendah kt ktrg yg mampu study kt malaysia ni..
ke mmg jenis bangga diri dorang ni?
ni yang buat saya rasa x jadi je nak suruh adik saya pergi mesir tu..takut membangga diri pulak


sila like yea :D

jom berselawat sama2!

saya tukar lagu di blog saya kpd lagu 'ya nabi salamun 'alaik' bg menghormati Maulidur Rasul.
sambil singgah blog saya boleh jugak korang berselawat sama2..
tp sebelum tu saya nak minta maaf kpd non-muslim kalau ada menyinggah ke blog saya dengar lagu selawat ni..huhu

ok ni lirik lagunya..

Ya Nabi salamun'alaik
Ya Rasul salammun'alik
Ya Habibi salammun'alik
Telah terbit bulan purnama

Cahaya menyinari kami
Kau contoh akhlak terpuji
Wajahmu penyejuk hati

Ya Nabi salamun'alaik
Ya Rasul salammun'alik
Ya Habibi salammun'alik

Kau bagaikan matahari
Cahaya menerangi bumi
Engkaulah permata hati
Bertahta di sanubari

Ya Habibi Ya Muhammad (sollu alaik)

Ya Habibi Ya Muhammad
Penyeri timur dan barat
Kau yang gagah yang mulia
Engkaulah iman kami


bila sambutan maulud nabi je mesti saya teringat balik sambutan kt sekolah dulu. wah! rindunya..berarak mengelilingi kawasan sekolah..pakai baju seragam je semua..kira pakat2 lah kan dgn 1 batch nk pakai baju warna apa...rindunya kenangan tu..
ok lah apa2 pun marilah kita sama2 menghayati perjuangan nabi kita..nabi Muhammad s.a.w..
semoga setiap selawat kita ni diberkati oleh Allah dan Rasul..amin

sila like yea :D

cara terbaik utk besarkn badan!

ok ni cerita lama tp saya x kira saya nak cerita jugak. tiba2 je teringat pulak kisah ni..haha

alkisah bermula lah di suatu petang..saya merajinkan diri pergi carefour sorang2 (xde bf kan sorang2 jela!haha). saja window shopping..memang camtu lah gaya saya bila nak beli barang ni. suka tengok2 dulu pastu esok lusa datang balik baru beli (rajin kan dtg 2 3 kali tempat yg sama? haha). yela pas window shopping tu balik rumah istigharah dulu pikir balik patut beli ke x..kalau rasa patut beli baru lah kan membodek mr.abah mintak duit (org x amek pt gitu lah!haha)

masa dok jalan sorang2 tu sambil usha2 kot2 ada mamat ensem terpikat dgn saya ke kan (ceh! bajet ko cun!) saya terasa lah ada seseorang mengekori saya asyik dok intai je. barangkali dah ada yg terpikat dgn saya lah kot. nak mintak no saya lah tu kan! (uh sumpah membajet lagi) haha
bila dah tau ada orang memperhatikan saya...saya pun mula lah jalan ala2 model gitu. nak bagi orang tu lagi bertambah terpikat kat saya..haha (sudah2 stop bajet tu)

bila terasa orang tu makin menghampiri saya...hati saya mula berdegup kencang. adakah ini dinamakan cinta? HAHA (sumpah nk muntah uh)

si mamat tu mula menegur saya..saya pun toleh lah belakang

x: fatin kan?
saya: aah..
x: ingat aku lagi x? aku lah.....
saya: weh ko..lama x jumpa. apa cerita skrg?
x: aku biasa2 je..weh ko ni still macam dulu lagi kan. bila nak membesar?
saya: ko de PAM x?
x: xde..ko nak buat apa?
saya: nak pam BADAN nak bagi besar...
x: sengal ko...@#&^%#


haha penat uh asyik orang tanya bila nak besar je..haa hambek tu lah jawapan terbaik punya dr saya..
mudah kan? sesiapa kecik macam saya bercita2 nk besarkan badan tanpa makan sebarang ubat..silalah guna cara kat atas tu..
korang test dulu kalau berkesan gtw saya..tunjukkan bukti..
boleh lah nanti saya ajak kawan keciketot saya...izyan nadhirah try sama...HAHA
kan saya dah besar ni doplohsatu tahun...

sila like yea :D

betul ke perempuan cepat berubah hati?!

td saya ada terbaca 1 tajuk kat forum gengblogger..

"betul ke perempuan cepat berubah hati?"


hah?? betul ke statement ni? agak menarik jugak kan topik ni..bagi saya lah kan x semua perempuan camtu..
maybe ada beberapa faktor yg menyebabkan hati perempuan tu cepat berubah..faktor2 ni hanya pendapat saya sendiri..kalau x suka ah lantak korang lah kan..hehe

1) kurang menyakinkan


mungkin lah kan bg seseorang perempuan tu dy berubah hati sebab bf/laki yg dy minat tu kurang menyakinkan diri dy. maybe lah kan laki tu terlalu bersikap cool atau x amek kisah ttg dy dan kebetulan pulak ada laki lain yg dok syok kat dy..mengayat dy kaw2 so disebabkan tu lah kadang2 perempuan ni berubah hati kat orang lain. yela drpd dok tunggu si laki tu ntah ada hati kat dy atau x lebih baik dy terima orang yg lebih menghargai diri dy. so kalau korang (laki) betul2 sayangkn awek korang..x nak dy melepas kat orang lain..lebih baik korang buktikan cinta korang tu seikhlas2nya. haa jangan salah faham pulak perkataan 'buktikan' tu. jangan korang buktikan dgn cara yg x senonoh sudah lah..
cuba lah korang luahkn perasaan sayang korang tu melalui perkataan dan juga perbuatan. jangan buat salah satu drpd dua ni je sebab bg perempuan tu belum cukup yakin kalau korang just kata je korang sayang dy tp x buktikan apa dan macam tu juga lah sebaliknya. kebanyakan perempuan nak laki tu yg mulakan dahulu wlpn sekarang ni ramai yg kata perempuan pun patut mencuba dulu.




2) meluat


haa kadang2 kan perempuan tu dah meluat giler dgn perangai laki tu. mungkin lah kan perempuan tu ada minta laki tu berubah something yg positif utk dy tp laki tu just kata "baiklah saya janji saya akan berubah" tp hampeh x berubah pun. mula2 boleh lah bersabar tp bila dah lama2..hanya janji kosong je so siapa boleh bertahan kan. bila dah fedup cari yg lain jela senang cerita...haha


3) pernah disakiti


yg ni kes dulu dy pernah serius dan terlalu percaya kat ex-bf dy. bila dah disakiti dan dipermainkan kadang2 tu boleh timbul perasaan berdendam. bila dah berdendam ni dalam fikiran dy hanya utk main2 kapel dgn seseorang. so sebab tu lah kot dy asyik berubah hati je..macamana dy pernah dipermainkan oleh seorang laki satu ketika dulu macam tu jugak lah dy akan mempermainkan perasaan laki lain. perempuan jenis macam ni agak bahaya sikit tp kalau dy dah jumpa seseorang yg dapat ubah fikiran dy..dy akan betul2 ikhlas dgn laki tu


4) sebab tersendiri


mungkin lah kan si perempuan tu berubah hati atas sebab2 tertentu. contohnya dy sanggup korbankan cinta dy demi kebahagian laki tu. senang cerita mengalah jela. mungkin lah kan si perempuan tu tau yg kehadiran dy x disenangi oleh keluarga pihak laki atau si laki tu ada ramai peminat. jadi dy korbankan cinta dy tu..x nak bagi laki tu rasa bersalah,x nak bagi rasa keliru dan x nak bagi harapan lagi. so dy sengaja mencari cinta yg lain. perempuan jenis macam ni agak susah jugak nak jumpa sebab selalunya akan fight utk cinta dy


ok setakat ni jela beberapa faktor yg saya boleh bagi..sebenarnya ada 5 point tp tiba2 pulak boleh lupa..adoi
perempuan ni sebenarnya akan lebih cepat serius dalam suatu hubungan. bila dy dah betul2 sayangkan laki tu memang dalam hati dy hanya laki tu je. x kisah lah time tu dy keluar dgn kawan2 laki dy yg lain...tp laki yg special tu tetap dalam fikiran dy..macamana saya tau??

yela saya tau lah sebab saya ni kan perempuan




p/s: sorry kalau ayat macam cikai...update blog tengah2 pening kepala ni. so paham2 jela

sila like yea :D

kawan ku sudah balik!


just nk update sikit je..


yeayy~ apek dah selamat sampai malaysia dr mesir


"apek, ko cuti lah lama2 sikit..hehe aku nak jumpa ko. nak dengar cerita ko kt mesir sana. banyak rindu uh sama ko. mesti ko terkejut tengok perubahan aku nanti..hehe"

sila like yea :D

penipu giler!

penipu!


sebenar punya!

korang pernah dengar x kes fb penipu ni? ala kes org x malu amek gambar kita buat profile pic dy..
agak2 lah kan kalau terjadi kat korang menyirap x? oh sudah tentu la kan..
ceh saya tanya saya pulak yg jawab...haha

saya baru je tgk kt fb hizami tadi...ada orang mengaku tu diri dy. adoi giler lah jangan lah nk jadi penipu. siapa lah x kenal blogger budak lelaki sebelah pintu tu..
nak copy gambar org ensem2 je..konon boleh famous kan diri lah tu...
rasanya ramai lagi yg kena macam ni..kat blog ni pun rasanya ada jugak kes ni..
x ingat pulak blog mana masa musim rajin blogwalking ni ada terbaca..

dulu saya pernah jugak lah kena macam ni masa zaman era myspace dulu..
boleh pulak dy ngaku gambar profile dy tu mmg dy yg sebenarnya..tau lah saya ni comel x payah lah nk curi2 gambar saya. tp yg paling menyirapnya dy ni send ayat2 lucah kt org lain. x pasal2 org lain black list saya..ingat mmg betul budak dalam gambar tu yg giler lucah..
siapa boleh tahan kan dah lah guna gambar saya..terus saya maki hamun giler dy

bila ditanya dy tu siapa boleh pulak dy jawab 'fatin'...x tau lah kn mmg betul nama dy fatin jugak ke tipu je. bila ditanya lagi x ada gambar sendiri ke nk guna boleh pulak dy ngaku gambar tu mmg dy..oit giler ke apa. x pernah lah pulak kan mak saya cerita saya ni ada kembar seiras..
tp 1 je budak tu terkantoi..bila saya tanya gambar tu amek kat mana dy bg jawapan yg salah (erk saya x ingat pulak jawapan budak tu) padahal gambar tu saya amek kt mid time kuar dgn kawan2 sekolah saya masa form 4 dulu..

lama jugak lah dy dok ngaku tu diri dy..dan selama tu jugak lah saya dok maki hamun dy lagi...haha sampai kan dy fedup kot terus dy delete akaun myspace dy...haha
baru puas hati giler..mana x punya org lain yg dok baca komen maki hamun saya tu pun dok sekali maki hamun dy...HAHA padan muka

sila like yea :D

kenapalah susah sangat ni?!

saya nk jerit kat blog saya ni boleh?

ah apa kes nak minta kebenaran pulak kan...ni kan blog saya suka hati i la kan..haha


benci!

benci!

benci!!!!!



kenapalah susah sangat nak cari laksa kt sini????



x kesian ke kat pengemar laksa macam saya ni..ke hulu hilir tau saya cari laksa tp x jumpa pun..sob~
kalau ada pun kuah bapak lah sikit giler..kemut! x padan dgn harga..
ok tu je nak luahkan..tengah frust ni dr semalam lagi cari laksa..sedih tau
ada sesiapa boleh tolong poskn laksa kt sini boleh? ngidam ni..wuu~




p/s: sorry saya da jarang giler contact awak..lagipun awak x kesah kn sbb awak ada dy. saya tengok awak hepi je dgn dy..


sila like yea :D

kak, tolonglah percaya saya dah 21!

saya nak cerita kejadian petang tadi ni..
saya dengan penuh bersemangat tau nak pergi tengok wayang hari ni..








tp kan


















kakak TGV tu x percaya saya dah 21 tahun..waaa~
ni 1st time tau beli tiket wayang kena tunjuk IC...sedih je tau

"kak,saya tau lah saya ketot jangan lah buat camtu malu tau"

kakak tu kata muka saya babyface...HAHA
tu maknanya kakak tu puji saya comel (ok nk sedapkn hati ni)


tadi saya tengok cerita shaolin..sesiapa yg agak2 muka babyface macam saya tu sila lah keluarkan ic korang awal2 yea...hahaha

sila like yea :D