hina ke lagu nasyid ni?


rata2 ramai yg tak berapa suka lagu nasyid kan? kenapa yea? tak best ke lagu nasyid ni?

susah saya nak jumpa peminat lagu nasyid. kebanyakkan kawan2 saya suka lagu omputih dan korea. bg pendapat saya lagu dorang mmg boleh layan lagi2 korea rancak je semua. bukan nak kata saya x layan lagu2 omputih dgn korea. external saya sendiri penuh dgn lagu2 korea (housemate saya masukkn..haha) tp nak jumpa org yg suka dengar lagu nasyid ni susah jugak lah. kalau masa kt sekolah dulu boleh lah kata kawan2 saya minat nasyid. nama pun sekolah agama. so hiburan ktrg hanya lagu2 nasyid. kumpulan nasyid sekolah saya pun x kurang hebatnya. lagi lah membuatkan ktrg bertambah suka lagu2 nasyid ni tp sejak saya habis sekolah bergaul dgn pelbagai jenis org. oh susahnya nk jumpa member minat nasyid ni.

terus terang saya katakan sejak habis sekolah susah betul saya nak tengok persembahan nasyid. nasyid u saya pun macam kurang mendapat perhatian dan sambutan. mungkin kurang praktis dan perlu mantapkan lagi arrange suara tu dgn pelbagaikan rentak percussion. kalau kat u saya ada persembahan nasyid dr kumpulan mana2 saya memang semangat nak pergi tp kadang2 tu x ada member nak turun. x nak lah paksa kawan plak kan. teringat plak masa saya semester 1 dulu. saya pergi bilik kawan utk study sama2. saya pasang lah mp3 hp saya yg lopek ni. apa lagi lagu nasyid la kan saya bukak. tiba2 plak ada seseorang tegur "fatin slow sikit lagu tu aku x boleh lah"(sambil buat mimik muka) erk memang slow je kot saya bukak dah kena tegur. apa maksud "tak boleh" dy tu?? mungkin dy terganggu kot nak study..tu fikiran saya pada awalnya tp lepas saya off mp3 dy pasang lagu omputih. nak kata kuat tu xde lah kuat sgt cuma lebih kuat drpd saya td

hina ke lagu nasyid ni di pandangan ko? drpd ko dgr lagu omputih yg banyak perkataan lucah2 tu baik dgr lagu nasyid. lagi tenteram. saya pernah buat kajian terhadap diri saya sendiri..cewahh kononnya nak jd profesor la jap. saya bukak radio era sambil study. serius 1 apa pun x masuk. 15 minit asyik baca benda yg sama je x paham2. pendek je pun benda nak kena paham tu tp bila saya bukak lagu nasyid. ok jek..baca 2 3 kali terus paham. ini cara saya lah..cara krg mesti lain kn.

bluetooth2 lagu ni biasa lah kn bg kita..tak kan lah nak dgr lagu sama je. bosan jugak..so saya ada la offer nk bluetooth lagu kt seseorang ni. krg tau apa dy cakap..."tak nak ah ko lagu nasyid je"
sedih uh bila dy cakap camtu..salah ke dgr lagu2 nasyid ni? agak susah la jugak saya nak dapatkan lagu2 nasyid terbaru..yela nak minta kt kawan pun drg mana ada. tp tak apa lah lain org lain minatnya. ada kawan saya kalau dy tension dy suka dgr lagu2 hard rock


apa2 pun kalau x suka lagu nasyid tu jangan lah sampai terlalu pandang agak jijik. lagu nasyid kn berkonsepkan islam. boleh pupuk semangat kecintaan kita terhadap agama kita sendiri. sedih sgt3 bila org pandang rendah kat lagu nasyid ni.
saya suka tgk persembahan2 nasyid budak2 sekolah kt youtube..rindu la plak
dulu kan saya dgn abg salu kumpul koleksi2 lagu nasyid..

kaset2 n cd2 tersusun rapi je kt meja study abg saya..asal ada album baru terus pergi beli tp skrg zaman dah moden download jela..hehe


analisa- al-Wahdah
ni kumpulan nasyid sekolah saya dulu. ada persembahan di PWTC..
solo tu kawan saya..hisyam dan juga daud(bekas kmp aeman 1st batch punya)
dlm banyak2 persembahan drg saya paling suka masa amal islami 2007..
nak masukkn dlm blog ni tp cd saya lupa letak kat mana..hehe bilik kena renovate lah tak tau kat mana dah..

itu lah daud..
alaa comelnya ko daud..haha
Blogger Templates


sila like yea :D

5 comments:

srikandi_mujahadah said...[Reply to comment]

nasyid is da best..hehe

~hAKim ZaiLAn~ said...[Reply to comment]

nasyid bestlah..
nak tido je saya dengar lagu ni.
Khalifah Pertama-mirwana
singgah sini ye kalo senang,ade contest
http://www.youtube.com/watch?v=KA-ePC9Djv4

♥..cik_mas..♥ said...[Reply to comment]

cikmas suke nasyid...lagi2 lagu maher zain.. :)


jom join 1st GA cikmas ye.. hehehe

woot-woot said...[Reply to comment]

nasyid-jalan mudah muhasabah :)

i dont care if people calling me KETINNGALAN sebab x layan omputih..dalam phone penuh lagu nasyid je..they called me bored person..haha..i dont care

only Allah knows what's the best ^^

mari muhasabah ^^ :

http://iniwootlah.blogspot.com/2010/12/pabila-neraka-merayukasihankan-kita.html

Khairun Affiemi said...[Reply to comment]

Daud tu dulu nasyid ke?
Skrg ni mcm xnk ngaku jer die tu vateren dlm industri nasyid ni..