harapan!


Selesai sudah segala-galanya. Zaman ijazah telah sampai ke penghujung. Selempang yang tersarung membawa suatu kebanggaan yang tidak ternilai. Kelas pertama dengan Anugerah Naib Canselor (ANC), Pelajar terbaik keseluruhan Peringkat Ijazah, rasanya cukuplah dengan penghargaan dan pencapaian tersebut, untuk setakat ini. masih banyak lagi yang perlu diterokai. Dengan berakhirnya perjuangan peringkat pertama ini, peringkat seterusnya menanti pula, itu yang pasti.

“Tahniah Zul..” terasa bahu disentuh dan apabila berpaling, Dr S sudah tercegat di belakang.

“Eh Dr, wah, segak sangat ni, jubah baru ke?” sambil bersalaman dengan beliau.

“Hahaha, melawak pula awak ea, pakai pun setahun dua kali, memang akan nampak baru la kan” beliau terhenti, ada seseorang menegur beliau, memakai sepasang lagi jubah berwarna biru tua, mungkin seorang lagi pensyarah dari kampus utama.

Sambil mata ini melilau mencari teman-teman yang lain, ribuan orang berada di lapangan berdepan dengan dewan di mana berlangsungnya istiadat Konvokesyen ke-70. Pelajar-pelajar yang menerima anugerah ANC diasingkan lebih awal dari kelompok pelajar lain demi melicinkan perjalanan majlis. Kerana apabila selesai sahaja istiadat, kami akan bergambar dengan Pro-Canselor yang menyampaikan ijazah kepada para graduan pada hari tersebut. Jadi, selesai saja istiadat, masing-masing akan tenggelam dalam ribuan manusia, kebanyakannya ibu bapa yang hadir meraikan kejayaan anak-anak mereka.

“Jadi, kamu mahu buat apa lepas ini” tanya Dr S, rakan pensyarahnya sudah berlalu

“Entahlah la Dr, saya ada mohon untuk sambung ke peringkat sarjana, tapi tak tahulah diterima atau tidak”

“Kerja kamu?”

“Saya ingat nak study part-time, dapat lah juga merasa pegang duit sendiri sambil-sambil belajar” kami berdua berjalan menuju ke arah gerai-gerai yang dibuka sempena hari konvokesyen.

“Bagus lah tu, selagi ada minat nak belajar, sambunglah, tapi jangan pula tanggungjawab kamu di pejabat terabai, utamakan yang utama” hanya mengangguk kerana perkara itu telah pun difikirkan lebih awal. sanggupkan. Untuk bekerja sambil belajar bukan lah sesuatu yang mudah, penat bekerja ditambah pula dengan tanggungjawab sebagai seorang pelajar, bukan sesuatu yang ringan. tapi, apabila difikirkan semula, kalau orang lain boleh buat, kita pun tentu boleh.

“Kamu mohon di mana? UiTM lagi?”

Mengangguk

“Tapi kan Dr, ramai yang tanya pada saya, kenapa sambung di UiTM lagi, ada yang kata tak elok lah, tidak ada kualiti lah, betul ke Dr?”

“Kamu rasa?” beliau tersenyum. Senyuman sperti itu kadang-kadang menyakitkan hati sebenarnya. Soalan beliau tidak dijawab.

“Kamu belajar di universiti yang hebat, di luar negara sana, tapi kamu tidak mencapai apa-apa, gred kamu sekadar cukup makan, kamu rasa kamu lebih bagus daripada pelajar yang belajar di universiti-universiti di Malaysia?” tanya beliau lagi.

“Tentulah tidak, tapi sekurang-kurangnya kita akan dapat pengalaman baru, belajar di tempat orang”

“Saya percaya, dengan pencapaian kamu sekarang, tidak ada masalah untuk kamu mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, silap-silap, mereka yang mencari kamu. Tapi kamu perlu sedar yang ilmu yang kamu peroleh bukan bergantung kepada universiti mana yang kamu sertai, tapi terletak pada diri dan kemampuan kamu sendiri. sejauh mana kamu jujur dengan kemampuan kamu sendiri. Nilai diri mengikut kemampuan sendiri bukan atas nama universiti”

“Universiti menempah nama kerana kejayaannya menghasilkan pelajar-pelajar yang berkualiti, pelajar yang berani merentas sesuatu yang baru, yang kompetitif dalam mencabar minda mereka, kamu lihat, sekali lagi asasnya adalah pelajar itu sendiri, bukan nama universiti”

“Kamu berjaya seperti sekarang adalah atas usaha kamu sendiri. Universiti dan pensyarah seperti kami hanya memangkin kamu untuk mencapai tujuan sebenar kamu di universiti, untuk mencari ilmu, untuk mendapat kelas pertama, kedua atau drop-out! itu semua terpulang kepada usaha dan kehendak kamu, seperti yang saya katakan tadi, kami hanya memangkin”

“Tidak kira lah di mana pun kamu belajar, betulkan niat kamu dulu, untuk menuntut ilmu, tetapkan matlamat dan berusaha, insya Allah, kejayaan tidak akan lari dari kamu”


***********************
bila baca cerita t'ase bangga n bersyukur m'jadi salah srg warga uitm..
hanya sbg p'bakar semangat utk diri saya yg salu leka ni..
x sabar asenye nk grad diploma ni..
den 2 taun lebih grad utk ijazah lak...yg penting usaha perlu ada
xde kejayaan tanpa usaha



saya nk pakai wane pink tu jgk boleh x??? ngee~ ^_^
wane pink tu la yg saya idam2 sejak saya jejakkn kaki ke uitm..
tu la harapan saya utk saya tebus blek kekecewaan ibubapa saya..
harap ianya tercapai...
ok nk tido dlu...sok kol 8.30 di library


sila like yea :D

0 comments: