target kuh

setelah kecewa dpt biasiswa JPA,aku hrp kt biasiswa TM pula. harap2 kali ni aku b'jaya. parent aku pn keje TM n maybe abg aku gk keje situ. harap2 dpt la. n harap2 juga pointer aku maintain n naik utk sem2 sterusnya. jika b'pluang dpt ni aku ingin m'lakukn sesuatu..apakah itu?? rahsia!!! :p


YAYASAN TM

.: BIASISWA DALAM NEGARA :.

Skim ini bertujuan untuk membantu pelajar melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA) dan Swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan dan Lembaga Akreditasi Negara mengikut bidang-bidang tertentu yang ditaja oleh Yayasan TM.

Yayasan TM akan hanya mempertimbangkan mana-mana permohonan yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:-

Syarat permohonan:

1.Warganegara Malaysia
2.Berumur tidak melebihi sembilan belas tahun(19) bagi lulusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) , dua puluh tahun bagi lulusan STPM atau yang setaraf dengannya dan tidak melebihi dua puluh satu tahun (21) bagi lulusan Diploma/setaraf dengannya pada tarikh iklan dikeluarkan.
3.Telah mendapat tempat dan mendaftar diri untuk mengikuti kursus secara sepenuh masa di institusi tertentu yang diiktiraf samada oleh Kementerian Pendidikan atau Lembaga Akreditasi Negara ( bagi IPTS) dan Jabatan Pendidikan Swasta.
4.Tidak mendapat penajaan lain dari mana-mana pihak.
5.Kelulusan akademik yang bersesuaian.
 Untuk kemasukan ke peringkat A-Level/Persediaan/ Pra Universiti/Diploma bagi lulusan SPM, pelajar mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 4B bagi matapelajaran teras mengikut bidang yang diambil seperti berikut-
 Kejuruteraan/Sains Komputer/Teknologi Maklumat dan lain-lain bidang sains:
-Bahasa Inggeris, Matematik,Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia atau Sains Tulen/Teknologi/Teknologi Maklumat/Vokasional.
 Bidang Pengurusan:
-Bahasa Inggeris,Matematik Moden, Matematik Tambahan, Prinsip Akaun, Perdagangan/Ekonomi Asas/ Geografi/ Sejarah/ Sains.
 Bidang Multimedia:
-Bahasa Inggeris, Matematik Moden, Lukisan/Pendidikan Seni, Matematik Tambahan/Prinsip Akaun/Perdagangan/Ekonomi Asas dan Sejarah/Geografi/Sains.
 Untuk kemasukan ke peringkat Ijazah Pertama bagi lulusan Diploma dengan memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.30 atau B+ atau yang setaraf dengannya dan bagi lulusan Pra Universiti/Matrikulasi STPM mestilah mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.00 dan lulus Pengajian Am. Berikut adalah matapelajaran mengikut bidang yang diambil:-
 Bidang Kejuruteraan/Sains Komputer/Teknologi Maklumat dan lain-lain yang berkaitan Matematik Tulin, Matematik, Fizik, Kimia dan Pengajian Am
 Bidang Pengurusan (Sumber Manusia, Perakaunan, Pemasaran, Perniagaan, Ekonomi dan lain-lain) Matematik,Ekonomi, Sejarah/Geografi, Perakaunan dan Pengajian Am.

sila like yea :D

0 comments: