sahabat


Sahabatku,

Masihkah kalian ingat saat-saat awal kita semua melangkah ke persekolahan. Kita bagaikan orang asing terhadap satu sama lain. Mungkin hanya satu dua senyuman sahaja yang kita kenal. Yang lainnya mengundang pelbagai intrepetasi dalam minda.


Siapakah dia?

Poyonya dia!

Nampak sombong!

Macam kerek!

Inginku tegur, tapi segan.


Akan tetapi, semakin lama semakin banyak yang kita kenali. Dari keseorangan kita berdua, dari berdua kita berkumpulan dan dari berkumpulan kita bina satu jalinan ukhwah yang cukup mantap sekali.


Ingatkah kalian betapa batch-batch lain memuji-muji keutuhan ukhwah di antara kita? Ingatkah kalian betapa mereka cemburu dengan kejituan semangat kita dalam melakukan segala kerja yang diamanahkan kepada kita?


Masa terluang kita dipenuhi dengan pengisian untuk merapatkan lagi ukhwah kita. Kita bergurau senda,bermain bersama,menuntut ilmu dan pelbagai lagi. Suka-duka kita berkongsi bersama. Kita saling membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sahabat-sahabat kita.


Pelbagai kenangan kita corakkan bersama. Inginku ulangi semua perkara itu. Namun apa kan daya. Kita semua mempunyai hala tuju masing-masing bagi mengejar cita-cita dan impian.


Inginku luahkan betapa rindunya aku pada sahabat-sahabatku. Tanpa mereka tidak lengkaplah kehidupanku.


Aku bersyukur kerana dikurniakan sahabat seperti mereka. Aku berharap semoga persahabatan kita diredhai dan diberkati oleh Allah s.w.t


Dan aku berharap kita dapat bersua kembali suatu hari nanti.




sila like yea :D

0 comments: